top of page

Dr Nurhaniza Binti Hamiri

Dr. Nurhaniza Hamiri telah menjalani latihan housemanship di Selayang Hospital selepas tamat pengajian. Beliau kemudian berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Urologi di hospital yang sama. Beliau berkhidmat dengan pasukan yang bertanggungjawab menjaga pesakit di wad, pesakit luar, serta pesakit yang datang ke klinik pakar, menerima rujukan, menjalankan prosedur, melakukan pembedahan kecil serta membantu pakar dalam kes pembedahan besar; termasuk pemindahan buah pinggang. Beliau juga mewakili Jabatan tersebut mengatur persidangan dengan Jabatan Patologi. Beliau kemudian berpindah ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berkhidmat sebagai pensyarah pelatih dalam bidang Otorhinolaryngology (Telinga, Hidung & Tekak).

Pada tahun 2010 beliau menyertai Klinik Danau Kota. Kemudian, beliau menyertai Asyik Resources Sdn Bhd (ARSB) dan dilantik sebagai Pengarah pada 2011. Pada tahun 2013 beliau memulakan pasukan jururawat, menawarkan perkhidmatan kejururawatan kepada pesakit di rumah mereka sendiri. Pasukan ini disertai oleh jururawat, pembantu perubatan, ahli fisioterapi dan juga pembantu jururawat. Pasukan tersebut  banyak memberikan bantuan terhadap pesakit paliatif, geriatrik serta kes-kes pemulihan dan kurang upaya. Pada tahun yang sama, sesi latihan mula diadakan untuk meningkatkan kemahiran serta dan menambah pengetahuan  para petugas kesihatan. Latihan khusus yang diadakan adalah The Muslim Nurse Series, bertujuan untuk menyediakan pengetahuan kepada  jururawat untuk penjagaan pesakit-pesakit mereka yang beragama Islam.

Pada 2014; ARSB diwakili oleh Dr. Nurhaniza untuk menyampaikan idea penubuhan sebuah hospis serta pusat jagaan paliatif & kejururawatan. Usaha ini telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan ARSB dipilih sebagai salah seorang pemenang. Restu Villa Care Centre telah ditubuhkan pada Ogos 2016.

bottom of page